Churp-Churp !!

Sunday 4 February 2001

Gaya dan Stail Faizal Tahir

Assalamualaikum !


Memang sukar untuk yang baru nak mengenali tentang fesyen zaman sekarang . Like me < hahaha . Pilihan yang mengikut citarasa untuk disuaikan dengan diri perlulah diperhatikan dahulu . Jangan hanya mengikut 'sedap mata memandang' kerana belum cuba , belum tahu . So , sekarang Fer akan bagi satu gaya yang menarik perhatian Fer . Gayanya nampak cool dan menonjol . Memang nampak seakan - akan 'Hero Melayu' .

Ok . Gaya yang hendak dijadikan contoh di sini adalah :

Faizal Tahir 



Pakaiannya , yang menonjolkan t-shirt berlambang kan "S - Superman" memang menampakkan dirinya sebagai lelaki cool and looks like Superhero ! 
T-shirt yang berlambangkan Superman ini lebih menarik jikalau memilih warna-warna yang agak cerah dan tidak terlalu gelap kerana warna - warna yang cerah dapat menonjolkan lagi penampilan Superman anda ! Jikalau mahu yang gelap , ambil saja warna hitam , biru atau hijau


Yaa ! seperti dalam gambar . Ia juga dapat disuaikan dengan jaket berbutang tiga .
Jaket atau 'Coats' ini yang menampakkan orang yang memakainya itu cool . 


Nampak ? cool tak ? hahahaha . 

Bagi bahagian Lower plak , ia lebih sesuai digabungkan dengan seluar "skinny jeans" . 
Ditambahkan juga aksesori seperti Superman Belt . 
Ini akan menambahkan lagi "rating" cool-nya si dia . 




Untuk bahagian 'foot wear' , ia sesuai dengan kasut seperti Converse . Ia amat sesuai kalau digabungkan sekali .


Bagi aksesori pula , pakaian ini boleh disertakan dengan Ray-ban 'Aviator'
Ray-ban jenis 'Aviator' boleh tonjolkan gaya yang macho dan cool untuk diri seseorang itu . 


Fesyen yang digayakan oleh Faizal Tahir ini sesuai untuk lelaki yang kurus dan sederhana kurus . Ia tidak sesuai untuk disuaikan dengan lelaki yang memiliki saiz kecil dan rendah serta berbadan besar
Rambut yang paling sesuai untuk fesyen ini adalah panjang , sederhana panjang , dan pendek .

So , sekarang ini saja stail dan fesyen yang digayakan oleh Faizal Tahir . Bagi fans dia boleh la untuk menggayakannya . Fesyen ini juga tidak memerlukan duit yang hingga beratus - ratus . Kalau tidak mampu untuk membelinya , 'check it out' saja di bundle . Banyak bundle yang menjual pakaian - pakaian seperti di atas . Sebenarnya , Fer juga fans dia . hahaha . 

Rujukan dari


k-Bye!! ♥ Love ya!! Saranghaeyo!! Aishiteru!!






Makasehh , coz sudi baca . Nanti Daus belanja , okeyh .

No comments:

Post a Comment

Aaa , comey-comey or hensem-hensem , boleh laa leave comment di sini . Hahah , makasehh yaww !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...