Churp-Churp !!

Tuesday 27 December 2011

Luahan Malam

Haahh . Setiap waktu aku selalu menunggu dia . Walaupun mengambil masa yang lama , aku tetap tunggu . Itulah yang mengisi masa lapangku . Tidak pernah aku merasakan ia satu penyeksaan . Tidak pernah aku merasakan ia sebagai beban . Aku tidak pernah lansung terdetik dalam hati untuk berasa marah terhadap dia .

    Setiap kali perbualan , aku juga yang mulakan . Walaupun dah lama berkenalan . Aku cuba untuk memahami dirinya , tetapi adakah dia pernah mencuba untuk memahami diri aku ? Itulah persoalan yang menyekat diri aku untuk meluahkan segala yang terpendam . Susah untuk aku jelaskan jika dia tidak merasakan apa yang aku rasa . Aku berasa segan untuk memberitahunya apa yang aku rasa terhadap dirinya . 

     Ramai lelaki yang lebih baik dari aku cuba untuk mendekatinya . Hmmm . Apa lah sangat aku jika dibandingkan dengan mereka semua . Aku rasa tak perlu dibandingkan kerana memang tak layak . Aku sedar bahawa yang aku nih tak seberapa . Namun aku berusaha untuk mengubah persepsi diri aku ini supaya jadi yang lebih baik . Aku tetap aku . 

     K-Bye!! Love Ya!! Saranghaeyo<3!! Aishiteru!! 

Makasehh , coz sudi baca . Nanti Daus belanja , okeyh .

No comments:

Post a Comment

Aaa , comey-comey or hensem-hensem , boleh laa leave comment di sini . Hahah , makasehh yaww !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...