Churp-Churp !!

Sunday 25 December 2011

Terasa insaf

Hmmm . Memang telah menjadi satu peradaban dunia . Yang berjubah dipandang mulia , yang berserban dipandang sopan . Hah , itulah sifat manusia . Perbandingan tanpa melihat latar belakang kehidupan . Pelajar sekolah agama jikalau dibandingkan baiknya dengan pelajar sekolah biasa . Sudah tentu jawapannya lebih kepada sekolah agama . Itu telah menjadi kebiasaan . Mesti diingatkan juga , tidak semua yang luarannya yang elok semestinya dia baik . Manakala , yang luarannya tidak elok semestinya jahat . Seharusnya kita perlu tahu apa latar belakang kehidupan mereka . Ada sesetengah hanya luarannya sahaja yang menghiasinya untuk menunjukkan baik ataupun jahat tetapi hakikat sebenarnya hanya tuhan yang tahu .

   Seperti malam ini , aku merasakan diri aku begitu jauh dari-Nya . Aku merupakan pelajar sekolah agama . Setiap hari dan setiap waktu di sekolah , aku telah diingatkan tentang agama . Walaupun begitu , aku masih ada kekurangannya . Sukar untuk difahami oleh sesetengah  manusia walaupun telah beberapa kali dinasihati tetapi masih ada kekurangannya . Itulah manusia , sentiasa lupa . Malam ini , aku sangat merasa bahawa diri aku semakin lama semakin teruk apabila aku diminta izin daripada kawan untuk membaca surah Yassin di tengah malam . Dia merupakan pelajar sekolah biasa . Bercampur lelaki perempuan . Didikan agama di sekolah tidaklah seperti aku di sekolah agama . Tidak bercampur lelaki perempuan . Selalu diperingati .

     Inilah yang menjadi persoalan kepada diriku . Bagaimana dia dapat mempraktikkan dirinya sebegitu demikian . Sedangkan aku yang merupakan pelajar sekolah agama tidak mampu untuk mempraktiknya . Bukannya aku ingin membuat perbandingan antara sekolah agama dan sekolah biasa tetapi aku hanya ingin tahu apakah maknanya aku sebagai pelajar sekolah agama tidak dapat menjadi insan yang baik .

     Sekarang barulah aku sedar bahawa setiap insan di muka bumi adalah sama . Tidak ada yang mampu dapat membezakan antara kita kecuali iman . Berasa dalam hati aku untuk mengubah sikap aku . Memang benar apa yang sering dikatakan oleh para guruku . Akhirnya dapat juga aku melihat sendiri dengan mataku sendiri tentang apa yang dikatakan dan diperingatkan oleh guru-guruku . Sekian ,


                    K-Bye!! Love Ya!! Saranghaeyo<3!! Aishiteru!! 


Makasehh , coz sudi baca . Nanti Daus belanja , okeyh .

No comments:

Post a Comment

Aaa , comey-comey or hensem-hensem , boleh laa leave comment di sini . Hahah , makasehh yaww !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...