Churp-Churp !!

Sunday, 5 February 2012

Down and down again in English

Assalamualaikum !

Hi & Hello


Pada pagi yang indah lagi berseri - seri nih , admin nak luahkan tentang ketidakfahaman admin kepada subjek Bahasa Inggeris . Admin merasakan , semakin hari semakin teruk prestasi admin dalam subjek Bahasa Inggeris .

Kemudiannya , nak bertutur pun dah ada rasa malu yang membuak-buak di dada ini . Admin teringin sangat nak bertutur dengan orang asing dalam Bahasa Inggeris dengan lancar . Bukan itu saja , kalau admin mampu untuk menulis karangan B.I dengan baik , mungkin admin akan terbitkan sebuah novel Bahasa Inggeris . Haaa , tinggi cita-cita tu .

Dulu admin masih lagi mampu untuk membuat karangan B.I . Tapi sekarang , nak buat 200 patah pun terhegeh-hegeh . Walaubagaimanapun , admin perlu mencari jalan penyelesaiannya . Perlukah admin hanya berdiam diri dan biarkan orang di sekeliling tertawa terhadap diri admin dengan hanya tidak tahu untuk menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris ? Rasanya tak perlulah admin untuk berbuat sedemikian .

Jadi , sekarang nih admin perlu berubah . Jangan terlalu mengharapkan sesuatu keajaiban yang datang kalau tidak ada titik peluh dalam perjuangan untuk mempelajari Bahasa Inggeris . Admin juga perlukan bantuan orang lain . So , jikalau ada pembaca-pembaca yang comel - comel atau hensem - hensem yang nak tolong boleh la hantarkan komen anda . 



k-Bye!! ♥ Love ya!! Saranghaeyo!! Aishiteru!!



Makasehh , coz sudi baca . Nanti Daus belanja , okeyh .

No comments:

Post a Comment

Aaa , comey-comey or hensem-hensem , boleh laa leave comment di sini . Hahah , makasehh yaww !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...